Blogroll

Total Pageviews

Followers

Times Up,Memories Still

  Assalamu'alaikum wbt.. hmm.. lama suda x update blog ne.. berkurun da kot.. hhe.. but its okay.. the important thing is.. i'm back.. ceyh,mcm VIP ja.. hha.. Whats New??

      Ok,bermula satu kisah.. tentang seorang hamba Allah.. iaitu 'saya'.. hhu.. yg baru shja menamatkan pengajian di Kolej ML.. baru ja,3minggu lepas.. tu yg sy lama xupdate blog ne.. masa blajar tu,xda bwk laptop pun.. pinjam laptop bestfriend ja.. hhe.. setahun saya belajar dekat sana.. macam2 saya dapat.. Alhamdulillah.. dalam masa yang singkat tu pun kita boleh dapat pengalaman yg banyak.. tu first time saya duduk asrama,sebelum ne xperna.. dan tu jugakla first time saya jauh dari family.. first2 memang sedih.. homesick giler.. >< tapi Alhamdulillah,semuanya bertambah baik dari hari ke hari dan semakin baik.. AllahuRobbi..

      Dekat sana,saya dapat belajar banyak benda.. selain subjek yg diajar dekat kuliah la.. hhe.. saya pandai berdikari,buat semua sendiri,urus masa dan pengalaman yang paaalingg manis.. saya jumpa apa itu erti "PERSAHABATAN" .. or in omputeh "FRIENDSHIP" .. saya jumpa ramai kawan,xkira agama,bangsa.. semua kawan.. ^_^

       Then my life becomes more.. more.. em I dont know.. some happiness that hardly describe.. undescribeable.. the moment I found my bestfriend.. pasal my bestyy ne.. in another post, I will talk about it.. :) yup,everything seems to be awesome.. tapi,bila sudah rapat sangat.. hmm :( the time we have to be separated from each other.. soo sad.. really sad.. T_T

      saya nangis xhenti2.. xsangka sangat berpisah macam tu ja.. memang sungguh menyakitkan lah masa tu..dekat kolej saya tu hanya ada budak sarawak,sabah dan labuan ja.. hee.. kalau budak2 sabah tu mungkin  dapat lagi la kot jumpa.. in shaAllah.. tapi kalau budak swak xtau dapat jumpa lagi ka tidak.. memang sedih sangat la.. rasa xmau balik pun ada jugak..:(

      saya sedih sangat tinggalkan semuanya.. roomates,classmates,jiran2.. dn terutama sekali the person that i loved the most.. my bestfriend.. sedihnya xterhingga.. sehingga mengelap airmata.. :(

     Now,we're home.. tunggu keputusan upu.. doa2 kami semua berjaya.. Aamiiin.. U_U

# KML 12/13-- pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan..

                                                Times Up,But... Memories Still <3

Tahun Baru Azam Baru

Tahun Baru Azam Baru

Dari semalam lagi,ramai orang post happy new year,azam baru,new wish dekat facebook.  Semangat,di sini siap karaoke,bunga-bunga api lagi. Sampaikan saya yang plan tidur jam10 ni pun. Tidur jam1. Bising ooo.(tp ikut jgkla nyanyi2 ckit dalam bilik) ahaks.

Ermm,ramai yang pasang azam baru. Kan tahun baru ni. Rata-rata semua orang berazam agar menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Alhamdulillah. Tapi,azam saya untuk berhijrah menjadi yang lebih baik tu sudah lama dipasang . Iaitu pada 27hb11 tahun 2011 bersamaan dengan 1muharram 1433hijrah. Awal muharram la ni ataupun maal hijrah. True happy new year for a muslim.

Namun,tidak ramai yang menghayati dan menyedari 1muharram itu sebagai titik untuk kita berhijrah kepada yang lebih baik. Sebagai stesen untuk mengislahkan diri berbanding dengan perayaan tahun baru yang selalunya begitu ‘wah’ diraikan. Ada yang siap karaoke,party dan macam-macam lagi. Tidak kurang juga orang ramai berkumpul di I-city Shah Alam dan Dataran Merdeka menunggu detik 12 tengah malam. Berbagai-bagai jenis orang dan lapisan masyarakat yang hadir. Mereka berhibur bersuka ria dan macam-macam lagi aktiviti.

Sebenarnya apa yang ada dengan sambutan tahun baru ni,ka orang saja hendak release tension sebab tidak lama lagi buka sekolah,semua kembali bekerja. Hmm,saya pun xtau. Yang lagi menyedihkan,ada sesetengah para pemimpin kita pun turut sama malahan memberikan galakan dan sokongan yang padu lagi terhadap aktiviti sebegini. Di mana title ‘negara islam’ kita jika cara hidup pun kurang keislamikannya??

Di sini saya tidak mengatakan bahawa ianya salah. Tapi,sedih juga sebenarnya kerna ramai yang tidak menyedari hakikat ini. Tidak salah untuk ingin meraikannya,pasanglah azam baru seberapa banyak pun yang boleh. Saya pun ada azam baru juga. (iaitu menunaikan azam-azam lama yang tidak tertunai. Hhu) Tapi,jangan sampai ia melalaikan kita dari  mengingatiNya dengan senang-wenangnya melakukan kemungkaran tanpa memikrkan baik buruk sesuatu benda itu.

tapi,pada malam countdown tahun baru tu,ada juga sambutan tahun baru yang jauh lebih baik dari sambutan di I-city Shah Alam tu. Bertempat di Shah Alam juga. Kalau saya tidak silap nama tempat dia SACC Mall. Dibintangi oleh Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak.(huh,dua2 saya minat). Lebih kurang 7ribu orang yang menghadirkan diri. Alhamdulillah,sementara menunggu 12 tengah malam,dapat juga ilmu dari bual bicara antara dua selebriti tersebut. hhu

boleh ja kan sambut tahun baru tanpa perlu berhibur seperti orang barat. Banyak lagi benda boleh buat. Tahniah kepada Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak kerana telah menyelamatkan 7ribu orang rakyat Malaysia daripada terjebak sekali dengan hiburan-hiburan yang tidak mendatangkan hasil sama sekali dan melalaikan itu. Anda rasa tercapaikah plan mau menjadi baik tu jika awal-awal lagi sudah menunjukkan bad manners? Hmm,renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah. Tahun baik,azam baik,raikan dengan baik. Semoga perjalanan hidup kita akan bertambah baik! insyaAllah Amin..=)

Boleh tidak ucap merry Christmas or selamat hari natal???

Boleh tidak ucap merry Christmas or selamat hari natal???


Baru2 ni dekat facebook,masa krismas. Ada status seorang rakan tentang hukum ucap merry chrismas ni. Saya pun kurang faham juga pasal benda ni. Jadi saya pun mengambil kesempatan untuk bertanyakan hal tersebut dengan lebih lanjut lagi dengan kakak tu semua. Manalah tau dapat dapat tambah ilmu yang sejemput ja ni. Alhamdulillah,dapat banyak respons dan info. Di sini saya ingin kongsikannya termasuk dapatan saya setelah membaca beberapa artikel yang berkaitan dengan ucapan xmas ni.

Ada beberapa ulama seperti. Ibnu Taimiyah,Ibnul Qoyyim dan para pemgikutnya seperti Syeikh Ibn Baaz,Syeikh Ibn Utsaimin-semoga Allah merahmati meraka-serta yang lainnya seperti Syeikh Ibrahim bin Muhammad al Huqoil berpendapat dengan  mengatakan bahawa hukum ucap xmas ni haram. Hal ini kerana ucapan tersebut adalah bahagian dari syiar-syiar agama meraka(kristian). Dan mengucapkannya solah-olah kita membenarkan keimanan orang kristian terhadap tuhan jesus di mana kepercayaan kita terhadap jesus ataupun nabi isa as jauh sekali perbezaannya. Mereka menganggap nabi isa adalah tuhan mereka sedangkan bagi umat islam nabi isa adalah seorang nabi yang tidak perlu di sembah sama sekali sepertimana org kristian menyembahnya. Ulama ini juga berpendapat wajib ,menjauhi berbagai perayaan orang kafir,menjauhi dari sikap menyerupai perbuatan-perbuatan mereka separti mana yang disebutkan dalam satu hadis:

"Barang siapa menyerupai satu kaum maka mereka adalah dari mereka." [Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud.]

Berbeza pula dengan pendapat jumhur ulama kontemporari dia antaranya Syeikh Yusuf al Qaradhawi di mana mereka membolehkan ucapan xmas ini. Beliau membolehkan pengucapannya dengan melihat kepada beberapa sebab:.
1.       1. membolehkan pengucapan itu apabila mereka (orang-orang Nasrani atau non muslim lainnya) adalah orang-orang yang cinta damai terhadap kaum muslimin.
2.       2. apabila ada hubungan khsusus antara dirinya (non muslim) dengan seorang muslim, seperti : kerabat, tetangga rumah, teman kuliah, teman kerja dan lainnya.

Hal ini berhubung dengan berbuat kebajikan dan termasuk dalam perkara yang disukai Allah iaitu berbuat adil sepertimana firman Allah swt mafhumnya, “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang Berlaku adil.” (QS. Al-Mumtahanah: 8).

Terlebih lagi jika mereka mengucapkan selamat Hari Raya kepada kaum muslimin. Firman Allah swt mafhumnya:
“Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, Maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu.” (QS. An Nisaa : 86)

Ada juga yang berpendapat bahawa ia termasuk dalam bab kesopanan(mujamalah). Atas alasan untuk menjaga hubungan(bukan atas dasar akidah),harus. Tetapi,jika ada mungkar di dalamnya,haram. Sesiapa yang keliru dengan mengatakan sambutan hari kelahiran Isa ini adalah perayaan meraka(spt hari raya aidilfitri dan aidiladha),maka ianya haram,kerana ia mempunyai kaitan dengan aqidah kristian tntg ketuhanan Isa. Perlu diambik perhatian,iktikad seprti ini adalah salah.

Setelah meneliti semua perbezaan pendapat antara ulama spt di atas,boleh jadi ia berdasarkan niat kita semata-mata di mana setiap perbuatan bergantung kepada niat. Akan tetapi,niat itu haruslah pada jalan yang betul dan tidak tersasar sehingga menjejaskan akidah. Jika ada yang ingin mengucapkan disebabkan ada hubungan khusus antara muslim and non-muslim sepertimna pendapat jumhur ulama kontemperor tdi,janganlah mengucapknnya secara berlebih-lebihan. Cukup dengan sekali ucapan dan tidak perlu dinampakkan kepada orang ramai. Seperti yang saya lihat baru-baru ini terutama sekali di laman facebook (twitter xtau plk,sebab aku xpakai),ramai juga muslim yang ucap krismas. Ada ucap untuk keluarga,rakan dan ada pula yang ucap untuk suka-suka sahaja. Boleh ka macam tu? Wallahu’alam

Kesimpulannya,andalah pemikir di sini. Jikalau saya,saya akan memilih untuk tidak mengucapkannya disebabkan masih ada sedikit keraguan dalam soal pengucapannya. Sama ada boleh ataupun tidak. Tetapi,kepada yang mungkin ingin menjaga hubungan semata-mata dan takut akan timbul salah faham,bolehlah consider untuk ucap. Tapi,diingatkan,bersederhanalah aka jangan melebih-lebih. Wallahu’alam…. Assalam….




Menuju Wawasan

Menuju wawasan

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tuju wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

Kalimah CINTA Mudah Dilafaz Tapi Sukar Dibuktikan….

Kalimah CINTA Mudah Dilafaz Tapi Sukar Dibuktikan….

Cinta adalah urusan hati. Tahap ketinggian cinta seseorang tidak dapat dinilai oleh pancaindera yang ada. Cinta yang dilafazkan oleh jutaan umat Islam, hanya tinggal slogan kosong tanpa roh lagi. Cinta umat Islam kepada Allah dan RasulNya, telah terhakis oleh kecintaan terhadap kebendaan yang semakin mendapat tempat dalam hati manusia. Mereka mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya tetapi tidak cintakan Allah dan RasulNya.

Dakwaan cinta kepada Allah dan  RasulNya sewajar dibuktikan dengan  tanda-tanda yang dapat disaksikan. Kecintaan seseorang kepada Allah, akan menjadikannya selalu ingat kepada Allah. “seseungguhnya dalam penciptaan langit dan  bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan  berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi.” (Ali-Imran :190-191)

Menyebut nama Allah adalah satu perintah daripadaNya, dan bukan semata-mata tanda rindu kepadaNya. “Wahai orang yang beriman, sebutlah Allah dengan sebutan yang banyak” (Al-Ahzab : 41) Salah satu wasilah untuk mengingati Allah ialah melalui solat. Dalam solatlah dilafazkan pengagungnya dan harapannya menjadikan solat itu indah dan mengasyikkan. “sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku (Thaaha : 14)

Adakah kita telah dan sedang mengingati Allah selayaknya orang yang mengaku cintakan Allah? Adakah ingatan kita hanya dalam solat lima waktu sehari semalam? Bahkan dalam solat sekalipun, kita masih mengingati selain daripada Allah. Golongan inilah yang disebut oleh Allah sebagai golongan munafik, kerana ucapan lidah mereka tidak menepati apa yang ada di dalam hati mereka. Cinta kita kepada Allah, seharusnya sentiada panas dan segar, sesuai dengan nikmat yang banyak daripadaNya. “Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku” (Al-Baqarah : 152)

Rintihan Hati

RINTIHAN HATI

Ada orang menyangka ibadah itu sekadar rukuk dan sujud di tikar sembahyang. Atau mengalunkan ayat-ayat Al Quran dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Atau bertasbih dengan berzikir dan bertahmid. Atau sekadar membahagi-bahagikan harta dan bersedekah kepada fakir
miskin.

Ibadah itu luas pengertiannya. Seluas lautan yang tiada penghujungnya. Ibadah tidak terbatas pada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Ia tidak terbatas pada puasa sunat seperti puasa Nabi Daud; sehari berpuasa sehari berbuka. Pun tidak dikhususkan kepada membayar zakat,
menunaikan haji dan sebagainya.

Ibadah adalah pengabdian diri kepada Allah. Dan antara bentuk pengabdian diri yang tidak ketara dan tidak perlu mengeluarkan tenaga ialah ingatan hati dan rintihan hati kepada Allah. Ia merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah. Mudah tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya.

Mengingati Allah dikira ibadah kerana ia menandakan seorang hamba itu benar-benar berhati hamba. Hamba yang tak punya apa-apa. Yang sewaktu datang ke dunia, tak membawa walau seurat benang di tubuh. Justeru hati sentiasa ingat kepada Yang Maha Pencipta, sentiasa
mengharap bantuan-Nya dan sentiasa bergantung kepadaNya. MengingatiNya menimbulkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaanNya.

Namun berapa kerat di antara kita yang ingat akan Allah. Ramai yang lalai dan lupa. Dalam sembahyang, fikiran menerawang entah ke mana. Apatah lagi di luar sembahyang. Renungilah sabda kekasihNya dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:


“Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu, Aku juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa kepadaKu, Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kepadaKu, maka pergilah ke mana saja yang engkau suka, di tempat engkau mematuhiKu dan Aku
mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan kecintaanKu kepadamu, kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu, sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah
yang memberimu makan sewaktu engkau masih janin di dalam perut ibumu. Aku tetap menguruskan segala keperluanmu dengan baik, sehingga terlaksana semua takdirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau ke alam dunia, engkau lalu membuat maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu terhadap siapa yang berbuat baik kepadamu”

Memang wajar kita mengingati Allah yang telah banyak memberi nikmat kepada kita. Allah yang sentiasa ingat akan kita. Yang terus saja memerhatikan kita. Yang terus mengasihani kita. Yang terus memberi rezeki kepada kita walaupun Dia seringkali diderhakai.

Dengan apa patut kita balas nikmat Allah yang terlalu banyak itu. Ibarat orang yang sedang bercinta, cukuplah asal dikenang atau diingati orang yang dicintai. Begitu juga dengan Allah. Ingatlah Dia kemana kita pergi. Ingat akan Allah bukan semestinya di tikar sembahyang saja. Biar tubuh bersama manusia tetapi hati bersama Allah. Agar setiap detik kita sentiasa dalam ibadah. Rasulullah bersabda yang maksudnya:

”berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat seribu rakaat (yang tidak khusyuk).”

Demikian keutamaan bagi orang yang sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah. Akal yang berfikir akan meruntun hati agar sentiasa ingat kepada Allah. Apabila hati selalu mengingatiNya, terasa betapa hampirnya Allah dengan kita. Hati akan selalu bermunajat dengan Allah; menginsafi kelemahan diri, lantas mengharap belas kasihan Allah kepada kita yang terlalu banyak berbuat dosa. Hati merintih dan mengharap rahmat Allah yang maha luas itu. Datanglah perasaan betapa hinanya diri yang berasal dari setitik air mani. Tanpa rahmatnya tinggallah kita dalam kehinaan selama-lamanya.

Rintihan hati inilah tanda kita hamba yang tak punya kuasa apa-apa untuk menghalang kudrat dan iradahNya. Tak berupaya menepis Qadak dan QadarNya. Hanya belas kasihan Allah yang diharapkan dapat menjauhkan diri daripada segala bala bencana. Hati yang tidak pernah
ingat, apalagi merintih kepada Allah, adalah hati seorang tuan.

Adakalanya segaja Allah timpakan ujian yang berat ke atas hambaNya. Ketika itu hati si hamba akan merintih walaupun bibir boleh mengukir senyum. Kadang-kadang ujian datang silih berganti; seolah-olah Allah tidak mendengar rintihan hati hambaNya.

Sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar rintihan hati si hamba. Tanpa ujian, hati tidak ingat Allah dan ia berasa tenteram, hingga hilanglah rasa kehambaan  daripada dalam diri. Lalu kerana itu, Allah datangkan ujian silih berganti agar rintihan hati si hamba tidak terputus kepada Tuhannya.

Hukama berkata: “Allah lebih suka mendengar rintihan hamba yang berdosa (termasuk rintihan hati) daripada seorang abid yang duduk beribadah.”

Demikian tingginya nilai rintihan hati seorang hamba dibandingkan dengan ibadah lahir. Ibadah lahir belum tentu melahirkan rasa kehambaan, kerana boleh jadi seorang yang beribadah itu berasa selamat dengan ibadahnya.

Ingatan hati dan rintihan hati seorang insan terhadap Tuhannya datang daripada rasa kehambaan yang tulen. Rasa kehambaan inilah tanda seorang insan telah mendapat nikmat iman yang tinggi nilainya. Tiada sesuatu yang lebih berharga daripada nikmat iman.
Beruntunglah mereka yang dianugerahi nikmat ini. Hanya hamba-hambaNya yang terpilih saja yang akan dikurniai rasa kehambaan.

Seorang hamba yang hatinya sentiasa ingat dan merintih kepada Allah tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan bala, tidak rasa tenang dengan pujian, dan tidak menderita dengan kejian. Hati sentiasa merasa serba kekurangan dan amat memerlukan Allah dalam semua keadaan. Inilah yang dikatakan hati yang hidup, yang sentiasa dalam beribadah. Apatah lagi jika ditambah dengan banyaknya ibadah lahir seperti sembahyang, puasa, sedekah dan sebagainya; makin tinggilah darjat si hamba di sisi Khaliqnya. Wallahua’lam...


Cinta Suci

CINTA SUCI - Dapat merasai hukuman Allah

  Apabila menyebut soal cinta, selalu orang merujuk kepada lelaki dan wanita yang sedang dilamun cinta. Bahkan kebanyakan orang bertanggapan negatif terhadap cinta. Kononnya cinta membawa kepada gejala dosa dan maksiat. Benarkah?

  Realitinya, orang yang bercinta dalam kalangan lelaki dan wanita tidak menghasilkan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Hanya sedikit sahaja orang yang bercinta membawa kepada kebahagiaan yang hakiki. Jurang kedua-dua ini menunjukkan bahawa cinta itu suci tetapi dicemari oleh keimanan yang lemah.

  Cinta seharusnya tidak disempitkan skopnya. Bahkan tidak salah percintaan antara lelaki dengan wanita. Bukankah terdapat sebuah hadith yang menyebut bahawa tujuh golongan yang dilindungan arasy yang salah satunya ialah pasangan yang bercinta, bertemu dan berpisah kerana Allah?

  Sebenarnya cinta seseorang sama ada terhadap wanita, keluarga, harta, mahupun negara ada kaitannya dengan Allah dan Rasulullah s.a.w. Walau apapun bentuk cinta seseorang, mestilah kerana Allah dan rasul-Nya. Cintanya kerana kehendak Allah dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

  Meskipun seseorang lelaki bercinta dengan wanita, dia tetap menghormati larangan Allah lalu dia tidak berdua-duaan. Dia memuliakan wanita tersebut kerana Rasulullah s.a.w. memuliakan wanita lalu tidak mahu merosakkan maruahnya. Mereka menyedari hukuman Allah.

  Tetapi semua itu tidak berlaku pada zaman ini, mereka bercinta bukan kerana Allah dan Rasulullah s.a.w. tetapi kerana nafsu dan syaitan. Oleh sebab itulah pada saat kemuncak percintaan mereka akan berlaku perkara yang tidak diingini. Akhirnya mereka terpaksa berkahwin dalam keadaan bakal isterinya hamil.

  Hakikatnya mereka bukan bercinta tetapi berniat jahat menzalimi diri sendiri dan menganiaya orang lain. Cinta yang dilafazkan mempunyai kepentingan peribadi. Sedangkan wanita itu tertipu kerana kejujuran cintanya. Tetapi cintanya itu tidak kerana Allah dan rasul-Nya.

  Oleh hal yang demikian, umat Islam perlu akur dengan perintah Allah ini kerana sesuatu yang disuruh ada faedahnya. Sebaliknya sesuatu yang dilarang ada manfaatnya kepada mereka. Jika manusia mengikutnya, pasti mereka beroleh ke selamatan dan kebahagiaan.

  Begitu juga halnya kalau kita mencintai harta dan segala milik kita di dunia ini, sewajarnya dipelihara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Dalam hal ini Allah memerintahkan manusia membayar zakat. Oleh sebab itu, walaupun terlalu cinta pada harta, mereka tetap kena mengeluarkan zakat dan membantu orang yang susah.

  Kalau umat Islam dan manusia sejagat dapat meletakkan cinta pada tahap yang disebut di atas, pasti mereka akan taat kepada Allah pada semua perintah Allah. Dalam masa yang sama mereka tidak akan melakukan dosa dan maksiat sama ada sewaktu berada di tempat gelap dan tersembunyi, apatah lagi jika berada di khalayak ramai.

  Orang yang meletakkan cinta di tahap itu bererti mereka benar-benar cinta kepada Allah dan rasul-Nya. Hakikat inilah yang patut difahami oleh umat Islam dan manusia seluruhnya. Inilah dua cinta dalam satu,2 in 1. yakni dapat dua cinta dalam satu pakej.

  Dalam hal ini jika seseorang itu bercinta tetapi tidak merasai kewujudan Allah lalu membelakangkan hukum Allah, mereka bukanlah orang yang beriman. Inilah barangkali yang dikatakan "cinta itu buta", mereka tidak dapat melihat pencipta alam walaupun dia mengagumi alam itu. Bercintalah  untuk mendapat redha-Nya.

Facebook Twitter RSS